Usain Bolt bersedia buat percubaan dengan Borussia Dortmund

Usain Bolt teruja mengenai ujiannya dengan Borussia Dortmund pada Mac ini apabila bintang pecut itu dilihat memburu kerjaya bola sepak.



Lapan kali menjuarai Sukan Olimpik, atlet berusia 31 tahun itu bersara tahun lalu selepas mengharungi kerjaya luar biasa yang turut merangkumi 11 gelaran dunia.

Bolt berkata dia tidak sabar untuk melakukan percubaan dengan Dortmund sebelum membuat keputusan sama ada dia memiliki kerjaya dalam bola sepak atau tidak.




“Itulah yang saya mahu lakukan. Seperti yang anda katakan, saya mempunyai ujian dengan Borussia Dortmund, jadi itulah yang ditawarkan,” katanya.

“Selepas ujian, saya dapat menentukan sama ada ia masuk akal untuk melakukannya atau ia tidak. Itulah rancangannya.”

Dortmund berhempas-pulas dalam Bundesliga musim ini, dengan menduduki tangga keenam dan 19 mata di belakang pendahulu, Bayern Munich.