Aubameyang Rasmi Sertai Arsenal

Arsenal telah melengkapkan pembelian Pierre-Emerick Aubameyang daripada Borussia Dortmund dengan rekod yuran perpindahan kelab itu yang berjumlah £56 juta (RM309 juta).

Susulan perpindahan Alexis Sanchez ke seteru Liga Perdana, Manchester United, lebih awal dalam jendela perpindahan bulan ini, Arsenal mengorak langkah untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Gabon itu.



Penyerang itu telah menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates setelah menjaringkan 13 gol dalam 16 penampilan Bundesliga dalam kempennya yang tergendala bersama Dortmund.

Aubameyang  dilaporkan hampir menyertai kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande, awal bulan ini, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Dengan Aubameyang tersisih daripada skuad kendalian Peter Stoger yang seri 0-0 dengan Wolfsburg, 14 Januari lalu, dan kunjungan ke Hertha Berlin pada Jumaat berikutnya, bayangan untuk pemain berusia 28 itu angkat kaki semakin jelas.

Hasratnya itu semakin ketara apabila dia menampilkan aksi hambar ketika diturunkan dalam perlawanan berkesudahan seri 2-2 dengan Freiburg hujung minggu lalu.

Kini dia memiliki peluang untuk membuktikan keupayaannya dalam saingan tertinggi bola sepak Inggeris, dengan bos The Gunners, Arsene Wenger, akan mengharapkan gol-golnya dapat membantu kelab itu merapatkan jurang dengan Liverpool dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara.

Aubameyang menyumbat 141 gol dalam 213 penampilan buat Dortmund, yang kini dijangka menyasarkan penyerang Chelsea, Michy Batshuayi, selaku pengganti dalam perjanjian pinjaman manakala Olivier Giroud mungkin turut meninggalkan Arsenal untuk ke Stamford Bridge.

Minggu-minggu terakhir Aubameyang di Dortmund dicemari satu rentetan isu disiplin hingga menyaksikan dia digantung kelabnya untuk satu perlawanan liga gara-gara gagal hadir satu mesyuarat pasukan.

“Di sebalik perkembangan tidak menyenangkan dalam beberapa minggu terakhir, kami ingin mengingati kisah Pierre-Emerick Aubameyang di BVB untuk lebih empat tahun sebagai satu cerita kejayaan,” kata Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc.




“Dia telah melakukan banyak perkara menakjubkan untuk Borussia Dortmund dalam tempoh berkenaan, menyumbat banyak gol penting dan menjadi sebahagian pasukan yang membawa DFB-Pokal ke Dortmund pada 2017.

“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Pierre-Emerick di Arsenal.”Arsenal telah melengkapkan pembelian Pierre-Emerick Aubameyang daripada Borussia Dortmund dengan rekod yuran perpindahan kelab itu yang berjumlah £56 juta (RM309 juta).

Susulan perpindahan Alexis Sanchez ke seteru Liga Perdana, Manchester United, lebih awal dalam jendela perpindahan bulan ini, Arsenal mengorak langkah untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Gabon itu.

Penyerang itu telah menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates setelah menjaringkan 13 gol dalam 16 penampilan Bundesliga dalam kempennya yang tergendala bersama Dortmund.

Aubameyang dilaporkan hampir menyertai kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande, awal bulan ini, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Dengan Aubameyang tersisih daripada skuad kendalian Peter Stoger yang seri 0-0 dengan Wolfsburg, 14 Januari lalu, dan kunjungan ke Hertha Berlin pada Jumaat berikutnya, bayangan untuk pemain berusia 28 itu angkat kaki semakin jelas.

Hasratnya itu semakin ketara apabila dia menampilkan aksi hambar ketika diturunkan dalam perlawanan berkesudahan seri 2-2 dengan Freiburg hujung minggu lalu.

Kini dia memiliki peluang untuk membuktikan keupayaannya dalam saingan tertinggi bola sepak Inggeris, dengan bos The Gunners, Arsene Wenger, akan mengharapkan gol-golnya dapat membantu kelab itu merapatkan jurang dengan Liverpool dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara.




Aubameyang menyumbat 141 gol dalam 213 penampilan buat Dortmund, yang kini dijangka menyasarkan penyerang Chelsea, Michy Batshuayi, selaku pengganti dalam perjanjian pinjaman manakala Olivier Giroud mungkin turut meninggalkan Arsenal untuk ke Stamford Bridge.

Minggu-minggu terakhir Aubameyang di Dortmund dicemari satu rentetan isu disiplin hingga menyaksikan dia digantung kelabnya untuk satu perlawanan liga gara-gara gagal hadir satu mesyuarat pasukan.

“Di sebalik perkembangan tidak menyenangkan dalam beberapa minggu terakhir, kami ingin mengingati kisah Pierre-Emerick Aubameyang di BVB untuk lebih empat tahun sebagai satu cerita kejayaan,” kata Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc.

“Dia telah melakukan banyak perkara menakjubkan untuk Borussia Dortmund dalam tempoh berkenaan, menyumbat banyak gol penting dan menjadi sebahagian pasukan yang membawa DFB-Pokal ke Dortmund pada 2017.

“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Pierre-Emerick di Arsenal.”