Piala Sumbangsih Milik JDT

PETALING JAYA: Pasukan Kedah terpaksa akur menyerah kembali Piala Sumbangsih yang dijulang tahun lalu kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Sabtu malam, menyaksikan skuad Ramon Marcote berjaya membuka jaringan minit ke-15 menerusi Pablo Pallares.



Tersentak dengan jaringan itu, pemain JDT makin melancarkan serangan ke arah lawan dan beberapa percubaan, namun hanya mencium palang gol Lang Merah.

Bagaimana pun tandukkan Luciano Figueroa minit ke-29 berjaya menyamakan kedudukan dengan Kedah.

JDT yang tampil selaku juara Liga Super dan Piala Malaysia 2017 mempamerkan permainan lebih lancar dalam melakukan serangan.




 

Image result for jdt 2-1 kedah

Benteng pertahanan skuad bimbingan Ulisses Morais itu juga sukar ditembusi pemain Kedah.





Bersambung ke babak kedua skuad Harimau Selatan sekali lagi menggegarkan stadium yang dipenuhi penyokong JDT apabila Marcos Antonio meledak jaringan kedua menerusi tandukannya pada minit ke-60.

Skuad Kedah yang turun selaku juara bertahan, sukar untuk mencari ruang terbaik bagi mencari penyamaan sehingga wisel akhir dibunyikan.

Untuk rekod, JDT berjaya membawa balik trofi pembukaan Liga malaysia tahun ini selepas meraihnya untuk dua tahun berturut-turut sebelum ini iaitu pada 2015 dan 2016.

Senarai pemain:

JDT: Izham Tarmizi Roslan, S.Kunanlan, Fadli Shas, La’vere Corbin-Ong, Safiq Rahim, Haris Harun, Natxo Insa, Jorge Pereyra Diaz, Gonzalo Cabrera, Luciano Figueroa

KEDAH: Ifwat Che Kassim, Rizal Ghazali, Syawan Tajuddin, Ariff Farhan Md Isa, Baddrol Bakthiar, Liridon Krasniqi, Hidhir Idris, Sandro Da Silva, Syazwan Zainon, Pablo Pallares