Arsene Wenger puas lihat aksi Auba, Micki

Image result for arsene wenger aubameyang arsenal

LONDON: Beberapa hari selepas Arsenal berdepan satu lagi krisis, Arsene Wenger kini menuju masa depan lebih cerah hasil ketajaman serangan yang dijana Pierre-Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan.

Kekalahan 1-3 kepada Swansea Selasa lalu mencatatkan kekalahan terbaru pada kempen Arsenal yang penuh bermasalah.



Beberapa hari selepas Alexis Sanchez akhirnya merealisasikan impiannya meninggalkan Arsenal untuk perpindahan ke Manchester United, Wenger sekali lagi berdepan kemarahan penyokongnya yang kecewa dengan kekalahan kelab itu menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris sejak 2004.

Namun tempoh seminggu sudah terlalu lama dalam bola sepak Inggeris dan sebaik tiupan wisel di Stadium Emirates Sabtu lalu, pengurus Arsenal kini boleh tersenyum mengenangkan betapa persepsi boleh bertukar sekelip mata.

Tidak hairanlah jika Wenger kelihatan begitu bersemangat apabila melihat penyerang Gabon Aubameyang, yang dibeli dengan rekod bayaran kelab £56 juta (RM306 juta) dari Borussia Dortmund, dan pemain tengah Armenia Mkhitaryan mempamerkan aksi sulung mengkagumkan di kelab baru mereka untuk membelasah Everton 5-1.




Kepantasan dan pergerakan Aubameyang menghukum pertahanan Everton apabila apabila meledak gol pada separuh masa pertama sementara kepelbagaian hantaran Mkhitaryan membantu tiga jaringan menerusi gandingannya dengan Mesut Ozil untuk hasil yang menakjubkan.

Hantaran pantas membabitkan Ozil, Mkhitaryan dan Alex Iwobi yang saling bertukar posisi di belakang Aubameyang, menyaksikan persembahan terbaik Arsenal setakat ini dalam misi mereka memburu tiket ke Liga Juara-Juara.

“Apabila anda memiliki pemain baru, ia sentiasa memberikan aura yang positif dan ia mengejutkan yang lain kerana tiba-tiba wujud persaingan jadi mereka perlu menghadapi kenyataan itu,” kata Wenger yang kini berdepan teka-teki bagaimana mahu menggunakan pemain termahalnya sebelum ini iaitu Alexandre Lacazette.




“Secara keseluruhannya, saya fikir kami mempunyai permainan berteraskan semangat berpasukan jadi penerimaan seperti itu amat penting dan apabila mereka menunjukkannya di padang bahawa mereka menerima corak permainan kita, lebih mudah untuk mereka diserap masuk dalam pasukan.

“Matlamat utama anda adalah memastikan pemain menikmati perlawanan, berkongsi dengan peminat dan apabila anda memiliki pengalaman yang bagus sudah pasti ia baik untuk anda.”