Piala FA: Huddersfield Jumpa Man United, Swansea Kenduri Gol

Defender Kyle Naughton is mobbed by team-mates after notching a rare goal for the Swans

LONDON 7 Feb. – Huddersfield Town mara ke pusingan kelima Piala FA dengan bergaya untuk bertemu Manchester United selepas menang perlawanan ulangan pusingan keempat dengan mengatasi Birmingham City 4-1 awal pagi ini.

Bagaimanapun kelab Liga Perdana Inggeris itu dipaksa bangkit daripada ketinggalan dan diheret sehingga ke masa tambahan sebelum berjaya menjinakkan lawannya dari Divisyen 2 itu.




Lain-lain aksi ulangan pagi tadi menyaksikan satu lagi kelab liga perdana, Swansea menang besar 8-1 ke atas kelab Divisyen 4, Notts County manakala kelab Divisyen 3, Rochdale mengejutkan kelab Liga Kejuaraan, Milwall 1-0 untuk turut mara ke pusingan kelima. – Reuters