Sikap Pemain Bantu Selangor Belasah Melaka

Image result for Selangor 4-1 Melaka United

Selangor membuktikan keunggulan dengan penuh bergaya apabila membelasah Melaka United 4-1 dalam aksi Liga Super 2018 di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.



Muhd Syahmi Safari dan Rufino Segovia del Burgo masing-masing menjaringkan dua gol untuk memadamkan gol sagu hati pelawat hasil sepakan percuma Tiago Gomes.

Bagi penolong jurulatih Selangor, Nazli Nasir, kejayaan itu adalah hasil daripada sikap barisan pemain Red Giants yang sentiasa mempercayai kemampuan diri sendiri.

“Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain. Tiada sebarang keajaiban tetapi sikap mereka yang mempercayai kepada kemampuan diri sendiri membolehkan kami meraih tiga mata,” kata Nazli.

Sementara itu, bagi ketua jurulatih Melaka, Eduardo Almeida, kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak buahnya memaksa mereka menelan kekalahan pertama pada musim ini.




“Kami melakukan kesilapan dan masalah komunikasi antara bahagian tengah dan penjaga gol membolehkan lawan mencipta jaringan.

“Selepas Selangor menambah gol, kami mula hilang keyakinan, sekali gus membuka lebih banyak ruang buat lawan,” ujar Almeida.