VIDEO Terengganu Beri Kejutan Buat Selangor

Image result for terengganu selangor 4-1

TRIO pengendali pasukan Terengganu FC (TFC) sudah merencanakan strategi lebih mujarab untuk menjerat skuad Selangor dalam aksi ketiga saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Semalam.



Malah trio yang diketuai jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim, Mohamad Nik dan Kamaruddin Annuar itu juga sudah melakukan analisis mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.

Irfan sebelum ini pernah mengemudi Selangor pada 2012.




“Walaupun Selangor sudah pasti menampilkan aksi bertenaga susulan kemenangan besar 4-1 menundukkan Melaka United Rabu lalu, tapi kami juga memiliki ramuan tersendiri untuk menundukkan lawan dalam aksi ketiga itu.

“Selepas pulang dari Kelantan, kami sudah merangka strategi lebih ampuh kerana kami sedar skuad lawan bukan calang-calang pasukan, ditambah pula reputasi juara 33 kali Piala Malaysia itu cukup gah.

“Justeru kami akan tampilkan dengan barisan terbaik sebagaimana ketika bertemu Kelantan Selasa lalu dalam misi untuk mencatat kemenangan pertama,” kata Mohamad.




Dalam dua aksi terdahulu, pendatang baharu Liga Super itu terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 bertemu PKNS FC dan 1-1 ketika bertemu pasukan jiran, Kelantan.

Mengulas lanjut, bekas penolong jurulatih FELDA United musim lalu itu turut mencabar barisan penyerangnya meledak seberapa banyak jaringan dan bukannya hanya bergantung kepada penyerang import, Tchetche Kipre yang kini muncul penjaring tunggal pasukan dengan tiga gol.

“Saya percaya kepada semua pemain, malah dalam dua aksi terdahulu aksi mereka tidak mengecewakan, cuma belum ada rezeki untuk mencatat kemenangan setakat itu.

“Bagi pertemuan dengan skuad The Red Giants, pemain perlu buktikan kemampuan masing-masing dan paling penting berusaha keras untuk menang selain mengelak daripada dimalukan di laman sendiri,” kata Mohamad.