Firmino, Salah lonjakkan Liverpool ke tangga ketiga

Salah is congratulated by his Reds team-mates after putting the visitors into a commanding 2-0 lead at St Mary's

SOUTHAMPTON 12 Feb. – Ketika Virgil Van Dijk mengakui dia tidak kisah dengan ejekan yang diterima apabila kembali beraksi di Southampton, Roberto Firmino dan Mohamed Salah pula memastikan Liverpool selesa untuk berada dalam kelompok empat teratas apabila membantu The Red menang 2-0 di St. Mary.

Pemain Belanda itu diejek oleh penyokong tuan rumah ekoran perpindahannya ke Liverpool dengan catatan 75 juta pound sekali gus menjadikannya pemain pertahanan paling mahal di dun, namun ejekan itu tidak menjejaskan peranannya untuk mengekang jentera serangan The Saint.




Hasilnya dengan bantuan jaringan oleh Firmino dan Salah, Liverpool kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris mengetasi Tottenham Hotspur dengan kelebihan dua mata.

Kedua-dua gol itu dijaringkan pada separuh masa pertama di mana anak-anak buah Jurgen Klopp bertindak awal untuk memastikan kemenangan selesa. – AFP