Bale Setaraf Neymar, Tidak Akan Tinggalkan Real Madrid

Image result for bale neymar

PEMAIN antarabangsa kelahiran Wales yang akan menyambung kariernya di Santiago Bernabeu menimbulkan persoalan sama ada dia kekal sebagai ‘bintang teratas’ kelab itu.

Gareth Bale (gambar) dikatakan bernilai setaraf Neymar dan tidak akan meninggalkan Real Madrid biarpun sering dikaitkan dengan Manchester United, dakwa seorang ejen Wales.



Pemain berusia 28 tahun itu berdepan satu lagi kecederaan di Sepanyol, tapi sudah kembali beraksi dan berjaya menyumbat lima gol pada 2018.

Berita itu melenyapkan spekulasi tentang masa depan bintang itu, terutamanya apabila Real dijangka akan ‘membaik pulih’ skuad mereka apabila kempen ujian berakhir kelak.

Ejen bola, Jonathan Barnett berkata kepada Tuttosport: “Bale? Saya rasa dia bernilai sama mahal seperti Neymar.




“Dia suka Real Madrid dan tidak akan pergi. Gareth tidak perlu Christiano Ronaldo tinggalkan Real Madrid untuk menjadi pemain teratas kelab itu.

“Bale ialah contoh yang baik untuk anak-anak. Anda tidak akan melihat dia makan makanan segera. Dia tidur awal dan saya tak rasa dia lagi teruk daripada Neymar.

“Dia juga boleh bertanding untuk merebut gelaran Ballon d’Or pada masa akan datang.” – Eurosport