VIDEO Bayern Munich Belasah Besiktas

Bayern Munich took control of their Champions League last 16 tie by beating 10-man Besiktas 5-0 in the first leg on Tuesday

MUNICH 21 Feb. – Thomas Mueller dan Robert Lewandowski masing-masing meledakkan dua gol sewaktu membantu Bayern Munich membelasah Besiktas 5-0 yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan timbal balik pertama Liga Juara-Juara peringkat 16 terbaik, hari ini.



Malang menimpa Besiktas ketika perlawanan baharu memasuki minit ke-16, selepas Damagoj Vida dibuang padang kerana menjatuhkan Lewandowski sewaktu penyerang Poland itu berpeluang untuk menjaringkan gol.

Besiktas bekerja keras untuk menahan asakan tuan rumah, tetapi mereka akhirnya dibolosi hasil rembatan jarak dekat yang disempurnakan oleh kapten Bayern, Mueller.




Sebaik perlawanan disambung semula selepas rehat di Allianz Arena, pintu gol Besiktas akhirnya bocor lagi dan kali ini giliran Kingsley Coman meletakkan tuan rumah mendahului 2-0, sebelum Mueller menjaringkan gol buat kali kedua.

Bayern menyumbat gol keempat pada minit ke-79 menerusi Lewandowski yang memanfaatkan pantulan bola selepas sepakan jarak dekat Mat Hummels berjaya dihalang benteng pertahanan pasukan pelawat.

Mueller kemudiannya menjadi perancang kepada jaringan Lewandowski bagi membolehkan Bayern melakar kemenangan besar 5-0 sebelum wisel penamat dibunyikan. – AFP