Jorge Pereyra Diaz Tinggalkan JDT

Jorge Pereyra Diaz dilaporkan telah berhasrat untuk meninggalkan kelab Johor Darul Takzim. Ini berikutan insiden beliau meninggalkan hotel penginapan kelab di Singapura secara tergesa-gesa seperti yang dilaporkan oleh facebook JST.



Berikut ialah petikan dari status facebook yang dimuat naik oleh Johor Southern Tiger.

BACA: Ulisses Morais Tinggalkan JDT

Kami ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12.00 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.




Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab. Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi.

Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti.

Terdahulu ketua jurulatih JDT telah meletak jawatan kerana mempunyai masalah peribadi.