VIDEO Neymar Patah Tulang Jari Kaki

Neymar dalam keraguan besar untuk bersama Paris Saint-Germain (PSG) menentang Real Madird dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Parc des Princes, 7 Mac ini, selepas mengalami patah tulang jari kaki.



Pemain kelahiran Brazil itu mendapat kecederaan tersebut selepas diasak Bouna Sarr ketika PSG meraih kemenangan 3-0 menentang Olympique de Marseille di laman sendiri, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Sar berkata dia tidak bersalah kerana insiden itu tidak disengajakan ketika masing-masing berebut bola.




Neymar dijangka akan berehat selama 2 bulan untuk kembali pulih.

Penyerang itu mengerang kesakitan di pergelangan kakinya dan mengalirkan air mata ketika diusung keluar.