AFC Cup: JDT tenggelam tanpa Diaz, Morais

Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal meneruskan aksi meyakinkan dalam selepas tewas 2-0 kepada Song Lam Nge dalam saingan Piala AFC, sebentar tadi.



Selepas melakar kemenangan dalam aksi pertama bertemu Persija Jakarta, momentum itu gagal diteruskan pada aksi kedua peringkat kumpulan apabila kepada wakil Vietnam.

Dikejutkan apabila pengendali pasukan, Ulisses Morais, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan penyerang, Jorge Pereyra Diaz, yang tidak lagi bersama pasukan, JDT gagal mempamerkan persembahan yang cemerlang.

Permulaan babak pertama menyaksikan tuan rumah lebih dominan dengan hantaran hantaran pendek yang bermula daripada pemain tengah, Phan Van Duc, menyaksikan barisan pertahanan JDT untuk mengekang asakan mereka.




JDT hampir menghasilkan jaringan menerusi Safawi Rasid namun gagal menemui sasaran.

Kelekaan barisan pertahanan dihukum tuan rumah untuk memperoleh jaringan pembukaan minit ke-22 menerusi Van Duc.

Pengendali sementara JDT, Raul Longhi, yang melakukan perubahan dengan memasukkan Shafiq Ahmad pada minit ke-58 bagi mempertingkatkan mutu jentera serangan tetapi gagal menembusi kubu pasukan tuan rumah.




Dikala kerap melakukan serangan, JDT dihukum dengan satu serangan balas di penghujung babak kedua, kali ini giliran pemain pertahanan, Pham Xuan Manh, meledak gol kemenangan sekaligus memastikan JDT pulang tanpa sebarang mata. – stadiumastro