VIDEO Swansea Mara Ke Suku Akhir Piala FA

Carlos Carvalhal's side eventually took the lead in the 55th minute as half-time substitute Jordan Ayew reacted first to score

LONDON 28 Feb. – Swansea mencipta kejutan apabila mara ke peringkat suku akhir Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 54 tahun selepas menewaskan Sheffield 2-0 dalam perlawanan pusingan kelima kejohanan.

Jaringan Jordan Ayew dan Nathan Dyer sudah cukup untuk membantu Swansea untuk menyertai lapan pasukan terakhir dan mereka akan menentang sama ada Tottenham atau Rochdale.




Pada aksi tersebut, Stadium Liberty kelihatan tidak bermaya sehingga Ayew meletakkan tuan rumah pada minit ke-55 menerusi rembatan dari jarak dekat. Dyer menggandakan jaringan ketika permainan berbaki 10 minit.

Kali terakhir Swansea mara ke peringkat suku akhir kejohanan pada 1964 sewaktu mereka dikenali sebagai Swansea Town. Pada tahun itu mereka gagal ke separuh akhir selepas tumpas kepada Preston North End. – REUTERS