Dominic, Syamer Cekal Harungi Cabaran Di Portugal

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor

Vilaverdense FC terletak di Vila Verde dalam daerah Braga di Portugal.

Dominic dan Syamer selesa dengan kehidupan harian di bandar Vila Verde yang amat tenang yang memudahkan mereka untuk fokus terhadap bola sepak di sana.

“Walaupun bandar kecil, tiada masalah di sini kerana ia tidak begitu jauh jika mahu ke bandar besar seperti Porto.

“Segala keperluan boleh didapati juga di Vila Verde kerana terdapat juga gedung membeli belah dan barang keperluan di sini,” kata Dominic ketika dihubungi baru-baru ini.



“Kehidupan sini memang tenang  jadi walaupun saya di perantuan, ia memudahkan saya untuk fokus hanya buat  bola sepak,” kata Syamer.

Meskipun cuaca sejuk di sana, Dominic dan Syamer tiada masalah dengan cuaca kerana ia lebih sejuk ketika beraksi di China untuk saingan AFC B23 Tahun bulan lalu.

Pembabitan dengan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di China turut memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan cuaca di Vila Verde.

LATIHAN VILAVERDENSE FC:

Pasukan ini dikendalikan Antonio Barbosa, seorang jurulatih yang gemar bermain dengan pendekatan “direct football”.

Dominic dan Syamer akui corak permainan Vilaverdense jauh berbeza dengan pendekatan di JDT.

“Di sini, dalam latihan kami diajar untuk tidak sesekali menghantar bola ke belakang dan kami perlu membawa atau melakukan hantaran ke depan.

“Jurulatih di sini juga memberi tumpuan kepada aspek taktikal, hantaran serta kombinasi ketika latihan.

“Memang bukan mudah, namun ia sesuatu yang kami boleh belajar dan saya percaya ia akan membantu meningkatkan permainan saya dan Syamer,” kata Dominic.

Meskipun sekadar kelab Divisyen Tiga, tahap mereka cukup tinggi berbanding bola sepak Malaysia.

Seperti kelab di negara Eropah lain, aspek fizikal cukup penting di Vilaverdense dan dua pemain muda negara ini turut kerap menjalani latihan fizikal di sana.

Kelab tersebut memiliki stadium yang mampu memuatkan sehingga 5000 penonton.

Mereka bersaing dalam Divisyen Tiga yang melibatkan 80 pasukan, dipecahkan kepada lima kumpulan.

Image may contain: 2 people, people playing sport, grass, stadium and outdoor

Vilaverdense FC konsisten beraksi di divisyen 3 sejak ianya diperkenalkan  pada musim 2013-14.

Sehingga kini, Vilarverdense belum pernah diturunkan pangkat ke liga daerah lagi.




RAKAN SEPASUKAN DAN MASALAH KOMUNIKASI

Masalah bahasa memang dihadapi oleh mana-mana pemain yang berhijrah ke luar negara dan Dominic dan Syamer tidak terkecuali.

Mujur buat mereka, terdapat beberapa awang import boleh berbahsa Inggeris termasuk juga Barbosa.

Saya percaya dalam tempoh beberapa bulan kami boleh faham dan komukikasi lebih baik dalam Portugis

“Memang dari segi bahasa, kami perlu segera mempelajari bahasa Portugis di sini untuk komunikasi di atas padang.

“Mujur beberapa rakan sepasukan kami dari Afrika fasih berbahasa Inggeris dan Portugis, jadi saya dan Syamer belajar daripada mereka setiap hari ketika latihan.

“Saya percaya dalam tempoh beberapa bulan kami boleh faham dan komukikasi lebih baik dalam Portugis,” kata Dominic.

Tambah Dominic, rakan sepasukan turut menyambut kedatangannya bersama Syamer ke kelab tersebut.

Mereka bersikap profesional, di luar padang mereka membantu Dominic dan Syamer menyesuaikan diri namun, mereka tetap bersaing merebut tempat dengan dua pemain negara itu ketika latihan.

TEKAD BERJAYA DI EROPAH:

Dominic dan Syamer tekad berjaya di Eropah dan mahu menggunakan peluang yang diberikan pihak pengurusan JDT ke Portugal sebaik mungkin.

Walaupun berdepan kesukaran dengan budaya, cuaca, komunikasi dan corak permainan berbeza, kedua-dua pemain ini sedia menyahut cabaran tersebut.




“Pendekatan permainan yang berbeza di sini saya percaya mampu meningkat permainan saya di masa depan.

Saya optimis apek menyerang dalam permainan saya mampu meningkat selepas bermain di sini

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

“Saya optimis apek menyerang dalam permainan saya mampu meningkat selepas bermain di sini,” kata Dominic.

“Kalau boleh saya mahu bermain lama di Portugal atau Eropah dan saya mahu belajar sebanyak yang boleh di sini.

“Memang banyak cabaran, tetapi segala kesukaran pasti akan mematangkan saya sebagai seorang pemain, ” kata Syamer.

Setakat ini kedua-dua pemain ini belum diturunkan bermain dan mereka sedar, mereka perlu gandakan usaha ketika latihan untuk diberikan peluang.

Sumber fourfourtwo.com