FIFA Gesa Arab Saudi, Iran Jangan Politikkan Bola Sepak

Image result for saudi iran football

PRESIDEN FIFA, Gianni Infantino menggesa Arab Saudi dan Iran tidak membawa perbalahan diplomatik antara kedua-dua negara ke padang bola sepak.



Sejak hubungan kedua-dua negara terputus pada Januari 2016, kelab-kelab Saudi enggan bermain di Iran hingga memaksa perlawanan diadakan di Oman.

“Jelas sekali, politik tidak boleh dibawa ke dalam arena bola sepak dan bola sepak tidak boleh dibawa masuk ke dalam politik,” kata Infantino dalam sidang media bersama Menteri Sukan Iran, Massoud Soltanifar, alpor agensi AFP.




Kata pemimpin badan bola sepak utama dunia itu lagi, perlawanan perlu diadakan seperti biasa, di tempat tuan rumah dan pelawat seperti di mana-mana negara.

Perbalahan bermula ekoran hukuman mati ke atas ulama Syiah di Arab Saudi, yang mencetuskan protes dan serangan terhadap kedutaan dan konsulatnya di Iran.




Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Tehran sejurus insiden itu, sambil menggesa langkah-langkah keselamatan perlu diambil kedua-dua pihak.

Menteri Iran itu pula berkata Iran ialah lokasi yang selamat dan mengalu-alukan pendekatan FIFA dalam hal ini. – MYNEWSHUB.CC/HZ