Padang tidak berapa bagus, kata jurulatih baru JDT

Image result for Song Lam Nghe An 2-0 jdt

Keadaan padang yang tidak memuaskan adalah antara punca Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal bermain baik sehingga tewas 2-0 kepada Song Lam Nghe An dalam aksi kedua peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam, semalam.



Munurut jurulatih baru JDT, Raul Longhi, keadaan padang itu menyukarkan anak buahnya yang cuba bermain hantaran pendek selain mengakui mempunyai masalah di bahagian tengah.

“Dalam separuh masa pertama, kami mempunyai masalah di bahagian tengah. Keadaan padang juga tidak berapa bagus bagi kami.

“Kami cuba untuk bermain bola dengan hantaran pendek, namun keadaan padang agak menyukarkan kami. Jika kami bermain hantaran jauh pula, ia akan memudahkan pasukan lawan,” katanya dalam satu kenyaataan yang dikeluarkan laman Facebook JOHOR Southern Tigers, pagi ini.

Image result for Song Lam Nghe An 2-0 jdt




Bagaimanapun, kata Longhi, permainan pasukannya bertambah baik dalam separuh masa kedua dan berasakan situasi akan lebih berbeza apabila kedua-dua pasukan bertemu di Larkin pada 24 April ini.

“Prestasi para pemain kami dalam separuh masa kedua adalah lebih baik daripada separuh masa pertama. Song Lam merupakan satu pasukan yang hebat.

“Namun, apabila kita bermain sekali lagi di Larkin, saya berasakan ia akan menjadi satu perlawanan yang berbeza kerana kami mempunyai padang yang baik untuk bermain bola sepak,” ujarnya lagi.




Ia adalah perlawanan pertama selepas JDT kehilangan jurulatih, Ulisses Morais, dan penyerang berbisa, Jorge Pereyra Diaz.

Kelab dari Vietnam, Song Lam, memperoleh sepasang gol pada minit ke-22 dan minit keempat masa tambahan masing-masing menerusi Phan Van Durc dan Pham Xuan Manh.

JDT seterusnya akan berkunjung ke Sabah untuk pusingan kedua Piala FA, Sabtu ini, sebelum kembali ke saingan Piala AFC bertemu kelab dari Singapura, Tampines Rovers, pada Selasa ini.