VIDEO Ronaldo ledak gol ke-300 dalam LaLiga

Ronaldo ledak gol ke-300 dalam LaLiga

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol yang ke-300 dalam saingan LaLiga ketika menewaskan Getafe 3-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Gareth Bale membuka jaringan seawal minit ke-24 sebelum Ronaldo meledak gol mercu tandanya itu sebelum tamat separuh masa pertama, menjadikan dirinya orang kedua selepas Lionel Messi melepasi rekod tersebut dalam saingan domestik di Sepanyol selepas beraksi dalam 286 perlawanan.




Getafe meraih sepakan penalti pada minit ke-65 yang disempurnakan oleh Francisco Portillo untuk kembali ke dalam perlawanan tetapi Ronaldo memastikan kemenangan Real apabila mencetak gol kedua peribadi pada penghujung permainan.

Kemenangan ini meletakkan mereka tujuh mata di belakang penghuni tangga kedua LaLiga, Atletico Madrid, yang akan berdepan Barcelona, malam ini.