VIDEO Benam Chelsea, City Hampiri Kejuaraan Liga Perdana Inggeris
MANCHESTER 5 Mac – Manchester City menundukkan juara bertahan, Chelsea 1-0 di Stadium Etihad untuk melebarkan jurang pendahulu Liga Perdana Inggeris kepada 18 mata.
Kejayaan itu juga menyaksikan Chelsea terus ketinggalan daripada slot kelayakan Lga Juara-Juara.
Skuad kendalian Pep Guardiola kini memiliki 14 kemenangan di laman sendiri dan hanya memberlukan empat lagi kemenangan daripada baki sembilan perlawanan musim ini untuk merampas kejuaraan.
“Sangat penting buat kami, kemenangan hari ini membuatkan kami semakin hampir dengan kejuaraan.
“Kami memerlukan empat lagi kemenangan untuk menjadi juara, semuanya di dalam tangan kami dan jika kami kekal konsisten seperti hari ini, kami akan menjadi juara,” kata Guardiola.
Chelsea yang sudah tewas empat daripada lima perlawanan terakhir liga berada di kedudukan kelima, lima mata di belakang Tottenham yang berada di kedudukan keempat Liga Juara-Juara.-REUTERS