IFAB, FIFA Setuju Penggunaan VAR Di Piala Dunia

Image result for ifab var

Penggunaan teknologi baru alat bantu pengadil, Video Assistant Referee (VAR) banyak mendapat penolakan kerana kontroversi keputusan jaringan akhir-akhir ini.

Salah satunya, bekas presiden FIFA, Sepp Blatter yang menentang penggunaan VAR di Piala Dunia 2018. Menurutnya, teknologi baru itu tidak seharusnya digunakan pada temasya berprestij itu tahun ini.



Walaupun demikian, Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) sabtu lepas telah menyetujui langkah penggunaan VAR untuk Piala Dunia di Russia nanti.

Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB), menggelar pertemuan di Zurich. Hasilnya, penggunaan VAR mendapat sokongan dari FIFA, termasuk presiden Gianni Infantino.

“Kami mencapai kata sepakat bahawa VAR bagus untuk sepak bola,” kata Infantino kepada wartawan setelah IFAB mengumumkan keputusan tersebut.

Dia menambahkan, keputusan akhir untuk menggunakan teknologi di Piala Dunia Rusia akan dilakukan saat badan pembuat keputusan sepak bola FIFA bertemu di Colombia akhir bulan ini.




“Kami akan berharap dan mendorong dewan untuk mengambil keputusan yang menguntungkan,” kata Infantino, menyuarakan keyakinan bahwa VAR akan mendapatkan persetujuan akhir.

Sementara IFAB, dalam keterangan tertulis yang disebarluaskan mengatakan, keputusan tersebut mewakili era baru sepak bola dengan bantuan video untuk pengadil yang membantu meningkatkan keadilan dalam permainan.

VAR hanya akan digunakan bila ada keraguan seperti penalti dan kontroversi jaringan gol.

Ini telah diimplementasikan di liga utama di eropah termasuk Bundesliga Jerman dan Serie A Itali.

La Liga Sepanyol dilaporkan sudah memulakan latihan penggunaan teknologi VAR untuk digunakan musim depan.

VAR sejak akhir-akhir ini kerap menjadi perdebatan kerana banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi. Selain membuat pengadil mengambil masa yang lama untuk membuat keputusann, banyak pemerhati bola sepak menilai kehadiran VAR akan menghilangkan seri perlawanan bola sepak itu sendiri.