VIDEO Liga Juara-Juara : Juventus, Man City ke suku akhir

MANCHESTER, United Kingdom 8 Mac – Manchester City kalah mengejut 1-2 di laman sendiri tetapi mujur tetap mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah menerusi kemenangan agregat 5-2 ke atas kelab Switzerland, Basel awal pagi tadi.



Biar pun mencatat kekalahan keempat musim ini di semua peringkat pertandingan, skuad bimbingan Pep Guardiola itu bernasib baik mempunyai bekalan selesa 4-0 daripada aksi pertama pusingan kedua kalah mati sebelum ini.

Dengan menurunkan skuad berbeza ketika menewaskan Chelsea 1-0 Ahad lalu, City bagaimanapun lebih dulu di depan hanya selepas lapan minit permainan bermula hasil jaringan Gabriel Jesus namun pasukan pelawat bangkit menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi Mohamed Elyounoussi sebelum meraih gol kemenangan hasil jaringan Michael Lang pada minit ke-71.

Paulo Dybala scored the winner as the visitors came from behind to reach the quarter-finals

Sementara itu di London Paulo Dybala muncul wira Juventus yang bangkit daripada ketinggalan sebelum menyingkirkan Tottenham Hotspur 2-1 di laman lawan, Wembley sekaligus mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah menerusi agregat 4-3 awal pagi tadi.




Dalam aksi kedua pusingan kedua kalah mati itu, kelab gergasi Itali itu yang hanya mampu seri 2-2 dalam aksi pertama di laman sendiri cemas apabila penyerang Spurs dari Korea Selatan,Son Heung Min meletakkan pasukan tuan rumah lebih dulu di babak pertama.

Namun dua kesilapan besar benteng pertahanan Spurs di babak kedua membolehkan Juventus menjaringkan dua gol dalam tempoh tidak sampai tiga minit. Selepas Gonzalo Higuain menyamakan kedudukan, Dybala tampil dengan penyudahan menarik untuk gol kemenangan. – AFP