Pemain gagal bantu Wenger – Wilshere

The Armenian midfielder cut inside and fired a shot which deflected off Leonardo Bonucci and past Gianluigi Donnarumma

LONDON: Jack Wilshere mengakui tidak banyak yang dilakukan bintang Arsenal untuk meredakan tekanan yang dihadapi Arsene Wenger sebelum akhirnya bangkit untuk menumpaskan AC Milan.



Skuad Wenger menamatkan siri empat kekalahan berturut-turut apabila menang 2-0 di Milan dalam aksi pertama 16 terakhir Liga Europa kelmarin.

Ketika Arsenal tewas lapan daripada 13 perlawanan semua kejohanan, Wenger bergelut untuk menyelamatkan kerjayanya menjelang kunjugan ke Itali.

Arsenal juga ketinggalan 13 mata daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dan kekalahan 0-3 kepada Manchester City pada final Piala Liga mendedahkan banyak kepincangan di dalam skuad Wenger.

Menjuarai Liga Europa menjadi satu-satunya jalan buat Arsenal ke Liga Juara-Juara musim depan, satu sasaran yang dilihat penting dalam mempengaruhi pimpinan Arsenal terus mengekalkan Wenger.




Menjelang aksi menentang Watford di Stadium Emirates dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris esok, pemain tengah Gunners Wilshere mengakui dia dan rakan sepasukannya beraksi di bawah tahap sebenar sejak beberapa minggu ini.

“Kami sedar kami tidak cukup bagus. Kami menyedarinya,” katanya.

Selepas hampir 22 tahun mengendalikan Arsenal, kewibawaan Wenger semakin menjunam sejak beberapa tahun ini dan peminat Gunners mula berani menggesa supaya beliau dipecat.




Biarpun Milan sendiri berada pada tahap membimbangkan, keinginan Arsenal untuk meraih kemenangan bermaruah begitu tinggi hinggakan Wilshere percaya bahawa mereka boleh memanfaatkan momentun dari San Siro bagi memastikan Wenger menutup mulut pengkritik.

“Jika ada yang memberitahu anda, anda tidak melakukan apa-apa untuk membuktikan sesuatu, mereka silap,” katanya. – AFP