LaLiga: Ronaldo Ledak Empat Gol Benam Girona

Ronaldo was the centre point of a four pronged Real attack, and scored as Girona initially struggled to deal with the threat

CHRISTIANO Ronaldo terus lincah dengan jaringan empat gol buat Real Madrid sekaligus meraih kemenangan 6-3 ke atas Girona dalam La Liga pada Ahad.



Ronaldo membuka permainan dengan jaringan pada minit ke-11, namun bekas penyerang Middlesbrough, Cristhian Stuani berjaya menyumbat gol penyamaan pada minit ke-29.

Real itu sekali lagi menguasai perlawanan pada awal babak kedua apabila Ronaldo mengejar bola daripada rakan sepasukan Karim Benzema dan menendangnya ke luar gawang.

Bintang Portugal itu menghantar bola kepada Lucas Vasquez bagi menghadiahkan gol ketiga pasukan.




Bale has fallen in the Real pecking order somewhat, so his chipped finish was a timely reminder of his abilities

Ronaldo melengkapkan tendangan hatriknya pada minit ke-64 dan menjadikan keputusan perlawanan 4-1, sementara pemain gantian, Gareth Bale menambah gol kelima pada minit ke-86 selepas Stuani cuba menebus kekalahan sekali lagi.

Juanpe kemudian cuba merapatkan kedudukan kepada 5-3 sebelum Ronaldo kembali mengganas pada waktu kecederaan dan menjaringkan gol keempatnya.




Ia adalah gol ke-17 dalam lapan kemunculannya dalam semua perlawanan.

Real kini di tangga ketiga La Liga dengan 60 mata iaitu 15 mata di belakang Barcelona dan empat di belakang Atletico. – Eurosport