Brazil guna fasiliti Tottenham Hotspur hadapi Piala Dunia

Image result for brazil 2018

SAO PAULO: Brazil sudah mengikat perjanjian bersama Tottenham Hotspur untuk menggunakan kemudahan kelab Liga Perdana Inggeris itu di London menjelang Piala Dunia di Russia tahun ini, umum Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) semalam.



Juara Piala Dunia lima kali itu akan berlatih di London bagi aksi persahabatan menentang Croatia pada 3 Jun depan, di gelanggang yang belum ditentukan dan Austria di Vienna pada 10 Jun.

“Selain perlawanan persahabatan, kerjasama sudah dimeterai secara rasmi bersama Tottenham FC, yang membenarkan kami menggunakan kemudahan untuk latihan bermula 28 Mei depan,” menurut CBF dalam satu kenyataan.




“Pasukan kebangsaan akan menggunakan gimnasium, kolam renang dan dua padang bola sepak selain kemudahan hotel yang baru dibina di pusat latihan itu.”

Brazil memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzerland pada 17 Jun depan sebelum bertemu Costa Rica dan Serbia dalam Kumpulan E.

Mereka menentang tuan rumah Piala Dunia, Russia di Moscow pada aksi persahabatan antarabangsa awal pagi Sabtu ini dan juara bertahan Jerman di Berlin empat hari kemudian. – Reuters