Kafa lepaskan Sinaga

Kafa lepaskan Sinaga

KOTA BHARU 19 Mac – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus melakukan ‘kejutan’ apabila melepaskan tonggak import bagi kuota ASEAN, Ferdinand Sinaga.



Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, keputusan itu dibuat kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, Sinaga yang berasal dari Indonesia berbuat demikian disebabkan oleh faktor keluarga kerana isterinya bakal melahirkan anak dalam masa terdekat.

“Kita berterima kasih kepada Sinaga kerana bersetuju untuk tidak membuat sebarang pampasan.




“Untuk itu, kita sudah jelaskan semua gaji Sinaga untuk bulan Mac,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Sinaga merupakan import kedua dilepaskan buat sementara waktu oleh Kafa selepas Marago Lima Gomis akibat kecederaan.

Bagaimanapun, Gomis akan dibawa masuk semula pada pintu perpindahan kedua pemain bulan Jun ini. – UTUSAN