KFA akan bincang kedudukan Ramon Marcote
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai kedudukan jurulatih Lang Merah, Ramon Marcote.
“Saya telah minta ahli mesyuarat pengurusan KFA yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berjumpa Ramon dan beberapa pemain lain sebelum membuat sebarang keputusan.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pejabat Tanah Kota Setar di sini hari ini.
Setelah gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini, kalangan penyokong Lang Merah termasuk beberapa kelab penyokong mula mempersoalkan kemampuan Ramon untuk membimbing pasukan selain menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jentera serangan import pilihannya, Pablo Pallares yang dilihat gagal menyinar.