TMJ sah letak jawatan Presiden FAM, Dilantik sebagai Pengerusi MFL

GELANG PATAH 25 Mac – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah meletakkan jawatannya selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.



Peletakan jawatan itu dibuat beliau sendiri dalam sidang akhbar yang diadakan sempena Kongres Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) di Hotel Phoenix, di sini sebentar tadi.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, berkuat kuasa hari ini, Tunku Ismail secara rasminya dilantik menjadi Pengerusi FMLLP.

“Menerusi kongres ini, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan melalui proses penjenamaan semula dan dikenali dengan nama Malaysia Football League (MFL).




“MFL dan FAM kini merupakan dua institusi yang tidak berkait, di mana Tunku Ismail sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi MFL,” ujarnya. – UTUSAN