Ramon Marcote ‘Tinggalkan’ Padang Hijau Kuning

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) dilapor telah merehatkan ketua jurulatih pasukan itu daripada tugasnya pada Rabu.



Sumber KFA memberitahu, Ramon Marcote yang dilantik sebagai pengendali Kedah bagi musim direhatkan sehingga tempoh yang belum diketahui.

Menurutnya, jurulatih kelahiran Sepanyol itu hadir ke sesi latihan di Alor Setar petang ini sebelum meninggalkan padang selepas dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan.




Berikutan itu, tanggungjawab Marcote akan diambil alih oleh penolongnya, Mohd Nidzam Adzha Yusof yang juga ketua jurulatih musim lalu.

KFA dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan merehatkan Marcote dalam masa terdekat.




Marcote dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada Disember lalu selepas menjadi pilihan utama penyokong skuad hijau kuning yang mampu mempertahankan kejuaraan musim lepas.

Bagaimanapun beberapa kekalahan sebelum ini dipercayai menjadi penyebab kepada tindakan berkenaan diambil KFA.