VAR nafikan kemenangan England -Southgate

Lorenzo Insigne struck from the penalty spot late on to earn Italy a 1-1 draw with England

LONDON 28 Mac- Pengendali England, Gareth Southgate percaya kurangnya penjelasan mengenai sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) boleh merencatkan saingan Piala Dunia 2018 di Rusia, Jun nanti.



Skuad kendalian Southgate sekali lagi dinafikan kemenangan dalam aksi pemanas badan ketika sepakan penalti Lorenzo Insigne tiga minit sebelum tamat perlawanan menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 1-1 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.




Bagaimanapun pelawat hanya diberikan penalti selepas pengadil Jerman, Deniz Aytekin menukar keputusan awalnya untuk tidak memberikan sepakan itu apabila pemain gantian, Federico Chiesa terjatuh selepas dicabar James Tarkowski menerusi rakaman VAR.

“Saya gembira ia bukan Piala Dunia lagi. Saya rasa peraturannya sangat jelas dan ia tidak. Ia membolehkan anda berdebat sepanjang hari,” katanya.




England berada di landasan tepat untuk meneruskan retak kemenangan selepas menang 1-0 ke atas Belanda Jumaat lalu.

Penyerang England Jamie Vardy terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-26.- AFP