Roma berang dengan mutu pengadilan

Luis Suarez celebrates killing the game off with his first goal in the Champions League for more than a year on 87 minutes

BARCELONA 5 April – Ketua jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco menyalahkan pemainnya sendiri serta mempertikaikan keputusan pengadil selepas menyaksikan pasukannya dibelasah 4-1 oleh Barcelona dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Camp Nou awal pagi tadi (waktu Malaysia).



Pengadil perlawanan dari Belanda, Danny Makkelie tidak memberi sepakan percuma kepada kelab Itali itu apabila Edin Dzeko ditolak oleh Nelson Semedo dan dia tidak menghadiahkan penalti kepada Roma walaupun Samuel Umtiti mengasari Lorenzo Pellegrini sebaliknya Roma hanya diberi tendangan bola mati.

Di Francesco juga menyalahkan pemainnya sendiri selepas memberi dua gol percuma kepada lawan. Kapten Roma, Danielle de Rossi secara tidak sengaja memasukkan bola ke dalam gawang sendiri ketika menahan asakan Barcelona sebelum Kostas Manolas melakukan kesilapan yang sama.




Gerard Pique menambah gol ketiga dan Luis Suarez memastikan Barcelona mempunyai kelebihan tiga gol selepas Dzeko menjaringkan gol tunggal Roma ketika permainan berbaki 10 minit. – REUTERS