VIDEO Arsenal belasah CSKA, hampiri separuh akhir

Aaron Ramsey celebrates scoring Arsenal's opener – the Welshman finished off a free-flowing move from the home side

LONDON: Arsenal semakin menghampiri separuh akhir Piala Europa dengan kemenangan 4-1 mengatasi CSKA Moscow sebentar tadi dalam saingan tidak dipengaruhi ketegangan politik yang membayangi hubungan dingin London dan Russia itu.



Britain menggantung hubungan diplomatik tahap tertinggi dengan kerajaan Russia selepas bekas pengintip Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia diracun menggunakan ejen saraf di bandar selatan England, Salisbury bulan lalu.

Bagaimanapun dengan hanya sekitar 200 penyokong CSKA membuat kunjungan jauh ke barat, tiada ketegangan dalam saingan pertama suku akhir itu.

Dan Arsenal pantas menamatkan sebarang keraguan ketika Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette masing-masing menjaringkan dua gol pada babak pertama untuk memastikan saingan itu menjadi milik mereka.

“Ia adalah babak pertama yang menakjubkan dengan perlawanan pantas, namun ia tidak begitu selesa buat saya kerana mereka tampak bahaya,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

“Tamat babak pertama kami menjaringkan banyak gol hebat, pada kedudukan 4-1 sasaran ialah tidak melepaskan lagi gol dan mungkin menjaringkan satu lagi gol.




“Kami melakukan bahagian pertama tugasan tetapi tidak bahagian kedua. Tapi ia membantu kami untuk fokus pada perlawanan kedua dan tidak memikirkan tugasan itu sudah selesai.”

Masih belum dapat dipastikan keadaan selesa menanti penyokong Arsenal dan pemain di ibu kota Russia itu minggu depan.




Bagaimanapun, jurulatih CSKA, Viktor Goncharenko menggalakkan penyokong Gunners dan England datang ke Russia untuk Piala Dunia, Jun ini.

“Kami masih menjemput anda ke Moscow,” kata Goncharenko. “Kami pastikan akan ada stadium yang hebat dan bola sepak hebat. Datanglah ke Russia.”

Berada di kedudukan keenam Liga Perdana, 13 mata di belakang empat pasukan terbaik, harapan realistik terakhir Arsenal ke Liga Juara-Juara ialah memenangi Piala Europa di Lyon pada 16 Mei. – AFP