Bayern Munich julang trofi Bundesliga

Bayern players celebrate the 28th Bundesliga title after the German Bundesliga soccer match between FC Augsburg and FC Bayern Munich in Augsburg, Germany, Saturday, April 7, 2018. (AP Photo/Matthias Schrader)

BERLIN: Bayern Munich meraih gelaran juara Bundesliga kali keenam, ketika saingan musim ini masih berbaki enam perlawanan selepas merakam kemenangan 4-1 ke atas Augsburg, awal pagi tadi.



Pada aksi pagi tadi, pesta kejayaan Bayern dilihat sedikit terganggu dan mungkin terpaksa ditangguhkan apabila pemain pertahanan, Niklas Suele menjaringkan gol sendiri pada awal perlawanan.

Bagaimanapun, Corentin Tolisso dan James Rodriguez kembali meletakkan pasukannya di depan sebelum tamat perlawanan babak pertama dan Arjen Robben serta Sandro Wagner mengesahkan kemenangan mutlak Bayern pada babak kedua.

Bayern, yang meraih 72 mata daripada 29 perlawanan, meninggalkan pesaing Schalke 04 dengan kelebihan 20 mata selepas pencabar utama itu tumbang 2-3 kepada pasukan bawahan, Hamburg SV.

Pencapaian itu dianggap mercu tanda kejayaan terbesar buat jurulatih berusia 72 tahun, Jupp Heynckes, yang keluar daripada persaraan pada Oktober lalu untuk menggantikan Carlo Ancelotti yang bergelut untuk memburu kemenangan.




“Saya juga mahu mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Carlo Ancelotti di Itali,” kata Heynckes.

Bayern players celebrate the 28th Bundesliga title after the German Bundesliga soccer match between FC Augsburg and FC Bayern Munich in Augsburg, Germany, Saturday, April 7, 2018. (AP Photo/Matthias Schrader)

“Gelaran ini juga untuk beliau. Dia juga seorang jurulatih menakjubkan,”

Dalam pertembungan pagi tadi, Augsburg mendominasi aksi di babak pertama dan mendahului seawal minit ke-18 menerusi gol sendiri pemain Bayern.

Pertahanan, Jerome Boateng, yang langsung tidak ditekan – hilang kawalan bola dan membolehkan Sergio Cordova mengambil kesempatan melakukan percubaan dengan hanya berdepan dengan Sven Ulreich.




Bagaimanapun, rembatan Cordova dihalang penjaga gol Bayern, tetapi melantun ke arah Suele dan masuk ke gawang sendiri.

Bayern, yang meraih 28 gelaran di Jerman berjaya bangkit pada minit ke-32 hasil jaringan Tolisso dan Rodriguez (minit ke-38).

Rodriguez sekali lagi mengumpan cantik kepada Robben untuk gol ketiga pada minit ke-60 dan ketika perlawanan berbaki empat minit, Sandro Wagner berjaya mencetak nama selaku penjaring untuk gol keempat. – Reuters