Kane dakwa gol kedua miliknya

KANE (kanan) mendakwa gol kedua Spurs dijaringkan olehnya selepas

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane percaya gol kedua pasukan itu ketika menewaskan Stoke City 2-1 kelmarin adalah hasil jaringannya selepas bola sepakan percuma Christian Eriksen menyentuh kepalanya sebelum menerjah gawang.



Spurs gagal beraksi dengan baik di Stadium bet365 seperti apa yang telah dilakukan sebelum ini, namun jaringan Eriksen dan Kane membuatkan kemenangan memihak kepada skuad kendalian Mauricio Pochettino.

Dalam aksi tersebut, Kane kembali membarisi kesebelasan utama Spurs selepas direhatkan sejak 11 Mac lalu ber–ikutan kecederaan pergelangan kaki yang dialaminya.




Erikson meraikan gol kedua yang dijaringkannya melalui sepakan percuma selepas bola tersebut dilihat hanya melintasi kepala Kane sebelum memasuki gawang pihak lawan.

Namun, jaringan tersebut mendapat bantahan Kane dengan mengatakan bola terlebih dahulu menyentuh kepalanya sebelum masuk ke gawang gol Stoke.




“Saya berani mengatakan dan bersumpah gol kedua tersebut adalah hasil sentuhan kepala saya.

“Semua perlu percaya dengan pe–ngakuan ini, namun saya tetap gembira dengan keputusan yang telah memihak kepada kami,” kata Kane menerusi laman sosial Twitter pasukannya.

Kemenangan tersebut mengekalkan Spurs di kedudukan keempat Liga Perdana England (EPL) selepas berkongsi mata yang sama dengan Liverpool yang menduduki tangga ketiga. Namun ia hanya dibezakan dengan jumlah jaringan. Agensi