Arsenal belum cukup baik – Koscielny
MOSCOW 13 April – Kapten Arsenal Laurent Koscielny mengakui pasukannya belum cukup bagus selepas dipaksa bermandi peluh untuk mengikat CSKA Moscow 2-2, sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Europa menerusi agregat 6-3.
“Kami gagal memenangi pertembungan satu lawan satu. Mereka bermain dengan bagus dan kemas serta memiliki peluang baik.
“Bagaimanapun persembahan kami masih belum cukup baik untuk berada di peringkat (suku akhir) ini,” kata Koscielny.- REUTERS