VIDEO Man City belasah Swansea 5-0
MANCHESTER 23 April – Manchester City meneruskan kecemerlangan biarpun telah bergelar juara Liga Perdana Inggeris dengan membelasah Swansea 5-0 di Etihad yang turut menyaksikan berlaku insiden menceroboh padang oleh penyokong tuan rumah selepas tamat perlawanan, awal pagi tadi.
City terus memberikan tekanan kepada pasukan pelawat apabila menambah tiga lagi gol menerusi Kevin De Bruyne pada minit ke-54, Bernardo Silva pada minit ke-64 dan Gabriel Jesus pada minit ke-88.
“Saya memahami bahawa anda perlu berhati-hati, tetapi mereka rasa mereka mahu berkongsi perasaan kegembiraan kerana bola sepak adalah sukan yang penuh emosi.
“Jika mereka gembira mereka menunjukkan betapa gembiranya dan ia adalah perkara paling indah buat peminat-peminat di sini,” kata Guardiola. – AGENSI