Real Bawa Pulang Bekalan Selesa

Marcelo made it 1-1, the left back's finish from 25 yards was high quality - a left-footed strike into the far bottom corner

MUNICH: Juara bertahan Real Madrid bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich yang mensia-siakan peluang mereka untuk membawa bekal selesa ke perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara di Sepanyol.

Real yang memburu gelaran ketiga berturut-turut memerlukan gol penyamaan Marcelo pada minit ke-44 untuk memadamkan jaringan awal Joshua Kimmich selepas Bayern yang memburu tiga trofi musim ini mensia-siakan beberapa peluang terhidang.

Real boosted their bid to win a third consecutive Champions League title by grabbing an away goal at the Allianz Arena

Pemain gantian Asensio cemerlang pada separuh masa kedua untuk menewaskan penjaga gol Sven Ulrich yang memastikan gol kemenangan Real pada minit ke-57.

Keputusan itu menyamai keputusan perlawanan pertama suku akhir tahun lalu, sebelum Real menang dalam perlawanan timbal balik untuk menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara.

Semalam, Liverpool menewaskan AS Roma 5-2 dalam satu lagi perlawanan pertama separuh akhir . – Reuters