VIDEO Kedah berjaya ikat Terengganu

KUALA LUMPUR 27 April – Hasrat Terengganu untuk meraih tiga mata tidak kesampaian apabila terikat 1-1 menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.




Image may contain: 2 people, people playing sport and outdoor

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu terlebih dahulu berada di depan menerusi J. Partiban pada minit ke-44 bagaimanapun kelebihan itu tidak tahan lama apabila Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan selang 20 minit kemudian.

Dalam pada itu, hasrat PKNP FC untuk membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila gawang gol mereka dibolosi pada minit terakhir sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila seri 1-1 menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam.


Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Pelawat berada di depan menerusi jaringan Muhammad Mohd. Safar pada minit ke-45 dan ketika kemenangan dilihat hampir berpihak kepada PKNP FC, Nurridzuan Abu Hassan berjaya mencuri satu mata berharga apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-93.

Sementara itu, dua aksi Liga Perdana menyaksikan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) tumpas 1-2 kepada Felcra FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang manakala UITM FC kalah 1-3 di tangan PDRM di Stadium UITM Shah Alam. – UTUSAN