Dua gol Benzema bawa Real ke final Liga Juara-Juara

MADRID 2 Mei – Real Madrid semakin menghampiri untuk merangkul gelaran Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut selepas Karim Benzema meledakkan dua gol bagi menyingkirkan Bayern Munich dan sekali gus menempah tempat ke perlawanan akhir, hari ini.




Bayern, yang ketinggalan 1-2 selepas tewas dalam separuh akhir pertama di Jerman, kelihatannya berkemampuan untuk melakukan kemunculan semula di pentas akhir Eropah, selepas Joshua Kimmich menjaringkan gol pada awal permainan (minit ke-2), sebelum James Rodriguez mengikat kembali kedudukan kepada 2-2 pada minit ke-62.


Namun, dua gol Benzema yang disempurnakan di antara dua jaringan pasukan pelawat iaitu menerusi tandukan dan gol mudah ekoran kesilapan penjaga gol Bayern, Sven Ulreich memadai untuk Real mengekalkan kedudukan menjadi 2-2 sehingga tamat perlawanan dan sekali gus, mara ke final menerusi kemenangan agregat 4-3.

“Dia berhak menjaringkan gol setelah bekerja keras dan bersedia memberikan segala-galanya untuk pasukan,” kata Zidane yang diminta mengulas mengenai Benzema kepada BeINSport. – AFP