Costa musnahkan impian Wenger
MADRID 4 Mei – Diego Costa memusnahkan harapan terakhir Arsene Wenger untuk meninggal Arsenal dengan kejayaan apabila gol tunggal jaringannya memastikan Atletico Madrid ke perlawanan Liga Eropah pada perlawanan awal pagi ini.
Ini juga merupakan penampilan ke 250 Wenger dan yang terakhir bersama Arsenal di kejuaraan Eropah.
“Saya sedih dan pada masa sama turut terkejut… saya juga kecewa,” kata Wenger pada sidang akhbar selepas perlawanan.
“Setiap kali tersingkir daripada pertandingan, memang sukar untuk diterima. Ia sesuatu yang sangat menyedihkan. Saya sangat sedih malam ini. Malangnya, anda terpaksa mengharunginya. Ada kalanya perlawanan bola sepak sangat kejam. Ada kalanya ia menyeronokkan tetapi malam ini, ia sesuatu yang membuatkan saya menderita.”
Kekalahan itu bermakna, Wenger akan meninggalkan Arsenal hujung musim ini dengan tiga gelaran Liga Perdana dan tujuh Piala FA namun beliau tidak pernah berjaya menjulang gelaran di peringkat Eropah.