Kuantan FA, Perlis berhutang RM1 juta

Image result for Kuantan FA

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengarah Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) menyelesaikan masalah tunggakan gaji melibatkan 24 pemain mereka yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Md. Dali Wahid, tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan Rancho Da Silva Andre Francisco yang diterima sebahagiannya.




Katanya, Kuantan FA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan tersebut (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan itu semalam.

“Jika Kuantan FA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Pemain yang dimaksudkan itu adalah Abdul Ghani Abd. Rahman (RM45,000), Abdul Hadi Yahya (RM50,000), Abdul Manaf Mamat (RM50,000), Ahmad Haziq Ahmad Puad (RM23,250), Azman Chuchu (RM9,000), Azrul Nizam Muhammad (RM24,000), Hamizul Izaidi Zulkifli (RM33,000) dan Helmi Remeli (RM30,000),

Pemain lain ialah Mohamad Hafizi Amiruddin (RM7,000), Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor (RM28,000), Mohd. Fazli Zulkifli (RM36,250), Mohd. Daudsu Jamaludin (RM25,500), Mohd. Syazwan Mohd Roslan (RM37,500), Muhamad Azmi (RM22,000), Muhamad Akhir Bahari (RM35,000) dan Muhamad Nur Ha­ziq Mohd. Aris (RM36,000)

Pasukan itu juga perlu membayar tunggakan kepada Muhammad Amirul Izwan Mohd Baki (RM15,000), Muhammad Azhiim Kamarudin (RM9,000), Muhammad Izzuddin Muhamat Hussin (RM40,000), Muhammad Zahiruddin Zulkifli (RM32,500), Muhd. Fikri Elhan (RM15,000), Syafiq Azri Ahmad Kamal (RM27,625) dan Zairul Fitree Ishak (RM19,500).




Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) turut diarahkan menyelesaikan masalah tunggakan gaji lebih RM180,00 melibatkan tuntutan seramai 22 pemain.

“Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan-tuntutan Mohd. Riduwan Maon dan Muhammad Alif Jamaluddin yang diterima sebahagiannya.

“PFA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini,” katanya.

Dalam pada itu, tuntutan yang dikemukakan oleh Abdullah Yusoff terhadap Kelab Bola Sepak Petaling Jaya Rangers berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak telah diterima sepenuhnya.

Justeru kelab tersebut perlu membayar pampasan baki kontrak sebanyak RM120,000 dalam masa 30 hari.