VIDEO Formasi baharu Jepun makan diri

tamparan hebat selepas tunduk 0-2 di tangan Ghana pada aksi kendalian sulung jurulatih baharunya, Akira Noshino.

Jepun yang ‘berwajah baharu’ itu tewas pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nissan itu sekali gus meninggalkan Noshino dengan tugas sukar menjelang sepak mula Piala Dunia di Russia, tiga minggu lagi.

Skuad Samurai Biru itu akan membuka kempen Piala Dunia dalam Kumpulan H bertemu Colombia pada 19 Jun.

Dua lagi pasukan yang turut diundi dalam kumpulan sama adalah Poland dan juga Senegal.




Nishino menggunakan formasi baharu apabila meletakkan tiga pertahanan tengah, dua pemain bek sayap dan dua penyerang sayap bagi memberi sokongan kepada penyerang tunggal.

Namun, kapten Ghana, Thomas Partey mencetak nama selaku penjaring dengan Emmanuel Boateng yang melakukan penampilan pertama mudah menyempurnakan penalti untuk menghadiahkan kekalahan buat Jepun di hadapan 64,520 penyokong mereka.

PEMAIN Ghana, Thomas Partey (tengah) melakukan sepakan percuma di hadapan benteng pemain Jepun pada perlawanan persahabatan, di Yokohama. – Foto AFP

“Kami tidak beraksi hampir setengah tahun di laman sendiri jadi sudah tentu kami mahukan keputusan yang baik sebelum beraksi di Piala Dunia,” kata Nishino.




“Kami cuba memberikan yang terbaik namun keputusannya mengecewakan. Kami memiliki peluang tetapi gagal memanfaatkannya.”

Nishino akan menamakan skuad Piala Dunianya, hari ini sebelum aksi pemanas badan bertemu Switzerland dan 8 Jun dan Panana, empat hari berselang. -AFP