Selangor kembali garang, Kedah kecundang di laman sendiri
KUALA LUMPUR 1 Jun- Selepas empat perlawanan tanpa kemenangan, akhir Selangor berjaya menemui semula rentak kemenangan dalam aksi Liga Super setelah menewaskan Kelantan 4-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Kemenangan besar itu diraih dua hari selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal sah melepaskan jawatan, pada 30 Mei.
Bersambung babak kedua, bintang Red Giants, Amri Yahyah menggandakan jaringan untuk melengkapkan malam gemilang tuan rumah dengan menyumbat gol keempat pada minit ke-82.

Sementara itu, di Stadium Darul Aman, Kedah mengalami kekalahan pertama setelah mengharungi tiga aksi dengan kemenangan apabila tewas kepada Melaka United 2-0.
Pasukan pelawat membuka tirai jaringan pada minit ke-42 menerusi penyerang dari Belarus, Egor Zubovich, sebelum Lee Chang-hoon melengkapkan kemenangan bergaya Melaka United dengan meledakkan gol kedua pada minit terakhir perlawanan.
Dalam pada itu, aksi Liga Perdana, Terengganu FC II sekadar seri 1-1 dengan Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah – UTUSAN