Southgate tidak akan dipecat meskipun England tewas

GARETH Southgate menarik nafas lega apabila tugasnya sebagai jurulatih England selamat tanpa mengira apa jua keputusan yang direkodkan pada Piala Dunia 2018.

Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak England (FA) Martin Glenn menegaskan Southgate akan mengemudi pasukan itu untuk tempoh jangka masa panjang.




Skuad The Three Lions akan bertemu Tunisia, Panama dan Belgium untuk saingan peringkat kumpulan tetapi sekiranya tewas, kedudukan Southgate tidak akan tergugat.

“Gareth ada kontrak jangka masa panjang. Dia tidak melihat Rusia sebagai tiket percuma tetapi pergi ke sana dengan harapan untuk menang.

“Namun kami akan melakukannya sehabis baik. Jadi kami akan memilih pemain yang boleh melakukan yang terbaik di Rusia,” kata Glenn.