Piala Dunia 2018: Iran pasukan pertama tiba di Rusia

Image result for iran arrive russia

RUSIA 6 Jun – Iran menjadi pasukan pertama tiba di Rusia untuk kempen Piala Dunia 2018, sembilan hari sebelum perlawanan pembukaan pada 14 Jun ini.




Iran diundi dalam Kumpulan B bersama bekas juara dunia, Sepanyol, penyandang juara Euro, Portugal dan Morocco.

“Berada di Rusia adalah satu impian menjadi kenyataan buat bola sepak Iran.

“Kami telah bekerja keras untuk berada di sini dan amat berpuas hati.

“Sukar untuk gambarkan perasaan dapat berada di Rusia dalam masa sama kami bangga dengan pencapaian pasukan layak ke Piala Dunia.

Image result for iran arrive russia




“Pasukan Iran berdepan pasukan hebat dalam kempen Piala Dunia ini sekali gus menjadikannya sesuatu yang menakjubkan.

“Kami tiba dengan impian tinggi dan memandang ke hadapan untuk meraih keputusan yang membanggakan dalam penyertaan Piala Dunia,” kata Pengurus Iran, Carlos Queiroz.

Iran akan berpengkalan di Pusat Latihan Lokomotiv Bakovka di Moscow dan ini juga adalah penyertaan kali kelima pasukan itu dalam Piala Dunia.

Skuad bimbingan Queiroz akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Lithuania di Moscow pada 8 Jun ini sebelum sepak mula menentang Morocco di Stadium St Petersburg pada 15 Jun. – REUTERS