VIDEO Brazil Hanya Mampu Seri

ROSTOV-ON-DON, Russia: Jaringan pemain tengah Switzerland, Steven Zuber menerusi tandukan pada babak kedua berjaya memadam gol pendahuluan dijaringkan Philippe Coutinho bagi mengikat juara dunia lima kali, Brazil 1-1 dalam aksi sulung Kumpulan E Piala Dunia, sebentar tadi.




Pemain tengah Barcelona, Coutinho berjaya meletakkan Brazil di depan apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan lencong menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Switzerland yang dilihat kurang menyerlah di jentera serangan pada babak pertama kembali bangkit dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan Zuber berpunca daripada sepakan penjuru pada minit ke-50.




Coutinho mempunyai peluang terhidang bagi meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan itu tetapi percubaannya tersasar sebaik babak kedua bersambung.

Keputusan seri itu menyaksikan Serbia kini memimpin carta Kumpulan E selepas berjaya meraih tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica dalam perlawanan yang berlangsung sebelum itu. – Reuters