VIDEO Tewas Kepada Croatia, Aguero salahkan Sampaoli

Dejan Lovren cannot stop Sergio Aguero getting a shot off at goal but the striker's effort is easily saved by Danijel SubasicNIZHNY NOVGOROD: Penyerang Argentina, Sergio Aguero menyalahkan pengendalinya, Jorge Sampaoli susulan kekalahan memalukan 0-3 di tangan Croatia pada aksi Piala Dunia, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Albiceleste itu kini berada di ambang penyingkiran selepas sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan yang diharungi.




Dengan keputusan 1-1 ke atas Iceland yang tidak dijangka, kekalahan di tangan Croatia sudah tentu terus membimbangkan sekali gus menimbulkan persoalan terhadap perancangan Sampaoli untuk pasukan itu.

Ivan Rakitic confirmed the three points for Croatia with a simple tap-in from only six yards out as Argentina tired late on“Semua yang berlaku ke atas pasukan dan penurunan prestasi pemain adalah berpunca daripada pengurusan.

“Perancangan untuk menentang Croatia tidak membuahkan hasil,” kata Aguero.

“Kekalahan ini sememangnya menyakitkan saya tetapi jelasnya, saya tidak dapat membaca perlawanan ini dengan tepat.”

Lionel Messi argues with his Croatian counterparts after the referee stopped play with Argentina in the opposition halfMeskipun Sampaoli menyalahkan dirinya, namun wartawan menyatakan kepada Aguero bahawa pengendalinya cuba menyalahkan pemain yang gagal mengikut taktik yang diterapkan olehnya.




“Dia boleh berkata apa sahaja yang dia mahu,” katanya mengulas kenyataan Sampaoli.

Pada aksi terbabit, penyerang Manchester City itu sekadar beraksi 54 minit sebelum digantikan dengan Gonzalo Higuain. – Agensi