90 minit paling menakutkan – Messi

Marcos Rojo celebrated his late winner with Lionel Messi on his back, but the striker had carried his team for most of the game

ST PETERSBURG 27 Jun – Lionel Messi mengakui dia menempuh tempoh 90 minit paling menakutkan dalam kariernya sebelum Argentina menang 2-1 ke atas Nigeria setelah Marcus Rojo meledak gol kemenangan sewaktu permainan berbaki empat minit, sekali gus memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati.




Messi membuka tirai jaringan menerusi gol pertamanya dalam Piala Dunia tetapi Victor Moses menyamakan kedudukan dan Nigeria hampir mengaibkan Argentina dengan penyingkiran awal, namun jaringan Rojo merubah segala-galanya.

“Saya tidak ingat kali terakhir saya mengalami penderitaan seperti ini. Bergantung kepada situasi dan kita bermain untuk apa,” kata Messi selepas ditanya sama ada perlawanan itu adalah yang paling tegang pernah dialami dalam kariernya.

Rojo nyaris menghadiahkan Nigeria penalti kedua selepas bola terkena tangannya tetapi pengadil tidak memberikannya setelah meneliti sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pemain berusia 28 tahun itu kemudian melepaskan rembatan voli selepas menerima hantaran Gabriel Mercado untuk gol kedua Argentina.

“Selepas (Nigeria mendapat) penalti kami menjadi agak gementar dan bimbang memikirkan sama ada kami akan terus mara.

“Jelas sekali kami amat gembira akhirnya. Pemain telah bermain dengan sepenuh hati, mereka adalah pejuang, mereka telah mencapai kemenangan penting untuk masa depan pasukan,” kata jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli.

The Argentina fans packed inside Saint Petersburg Stadium responded with a cacophony of noise for their hero

Messi sebelum ini gagal menyempurnakan penalti ketika mereka dikejutkan oleh Iceland dengan keputusan seri 1-1 sebelum diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada Croatia sekali gus meletakkan Argentina di ambang penyingkiran.




Sampaoli melakukan lima pertukaran ke atas pasukan yang tewas kepada Croatia dan perancangannya menurunkan Ever Banega bagi membantu Messi menjadi.

Arkitek Sevilla itu melakukan hantaran cantik mengatasi pertahanan Nigeria sebelum disambar oleh Messi yang melepaskan rembatan menggunakan kaki kanan untuk menamatkan kemarau gol dalam kempen Piala Dunia edisi kali ini.

VAR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila Nigeria dinafikan daripada mendapat penalti kedua setelah Rojo menanduk bola yang mengenai tangannya sebelum sepakan Odion Ighalo tersasar.

“Saya tidak faham mengapa kami tidak mendapat penalti. Pada saya sangat jelas (penalti).

“Mungkin kerana pengadil telah beri satu penalti dan dia tidak mahu memberi lagi,” kata ketua pasukan Nigeria, John Obi Mikel. – AFP