VIDEO Korea buat kejutan, Jerman pulang awal

South Korea won 2-0 with two late goals in a game Germany needed to win to progress - Mario Gomez is pictured KAZAN, Russia: Juara bertahan, Jerman tersingkir daripada Piala Dunia 2018 selepas tewas 0-2 kepada Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan F, sebentar tadi.

Kekalahan kedua yang dialami skuad kendalian Joachim Low itu menyaksikan mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot selepas mengumpul tiga mata.




Kim-Young Gwon tapped in from close range when an error by Toni Kroos played him onside to make it 1-0 on 90 minutesKorea Selatan yang turut meraih tiga mata berada di kedudukan ketiga selepas tewas dalam dua perlawanan awal sebelum ini.

Jaringan pada masa kecederaan daripada Young-Gwon Kim (minit-94) dan Heung-Min Son (96) sudah cukup untuk memastikan Jerman tersingkir awal daripada kejohanan kali ini.

Sementara itu, Sweden yang tewas kepada Jerman sebelum ini muncul juara kumpulan selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Mexico dalam satu lagi aksi kumpulan itu.




The German players - world champions in 2014 - are left disconsolate at the final whistle after finishing bottom of Group F Mexico yang cemerlang dalam dua perlawanan sebelum ini terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dan mengiringi Sweden ke pusingan 16 terakhir. – Agensi