VIDEO Tewaskan England, Belgium akan hadapi sesiapa saja

KALININGRAD: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez mengetepikan sebarang dakwaan bahawa pasukannya akan berdepan laluan lebih mencabar ke final Piala Dunia selepas menang 1-0 ke atas England sekali gus menduduki tempat teratas Kumpulan G, awal pagi tadi.

“Kami perlu mengharungi satu persatu perlawanan, namun saya rasa kami boleh berdepan sesiapa saja yang akan menjadi lawan kami,” kata pengendali dari Sepanyol itu selepas jaringan Adnan Januzaj pada awal babak kedua membolehkan Belgium muncul pemenang.




Mereka bakal berdepan Jepun bagi pertembungan 16 terakhir dengan pemenang berkemungkinan berdepan Brazil atau Mexico di suku akhir.

The former Manchester United winger rolled inside Danny Rose before curling a stunning strike into the top corner

Ditanya sama ada beliau lebih gemar menamatkan saingan di tangga kedua – dengan keputusan seri atau kalah ketika sebahagian penyokong mula memikirkan perkara itu selepas permulaan hambar Belgium pada babak pertama – Martinez berkata: “Secara jujur, saya gembira.”

Katanya, kelebihan yang tidak banyak menyebelahi pasukan besar dalam edisi kali ini menyebabkan juara bertahan, Jerman terpaksa pulang awal manakala naib juara 2014, Argentina bakal bertarung dengan juara 1998, Perancis di pusingan kedua.

Belgium midfielder Marouane Fellaini (left) tries to fend off the challenge of England counterpart Fabian Delph early on

“Membuat ramalan di Piala Dunia memang sedikit sukar,” kata Martinez sambil menegaskan Belgium akan memberi tumpuan terhadap pertemuan awal pagi Selasa ini dengan Jepun di Rostov-on-Don.




Beliau tidak mahu bercakap mengenai kemungkinan bertemu juara lima kali, Brazil di suku akhir nanti sebaliknya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Perancis, Argentina dan juara Eropah, Portugal juga berpotensi menjadi penghalang ‘generasi emas’ Belgium untuk mara ke final Piala Dunia yang pertama.

“Kami tidak melihat laluan itu,” kata Martinez. “Buat masa ini, hanya Jepun menjadi keutamaan kami.” – Reuters