VIDEO Dua Jaringan Cavani Hantar Ronaldo Pulang
PORTUGAL mengikut jejak Argentina terpaksa pulang awal selepas tewas pada saingan kalah mati Piala Dunia 2018.
Lebih menarik pada perlawanan tersebut, kapten Uruguay, Edinson Cavani berjaya membantu pasukannya dengan dua gol kemenangan sekaligus meenyingkirkan Portugal.
Portugal meraih gol tunggal menerusi jaringan Pepe pada minit ke-55.
Bagaimana pun, pemain terbaik Real Madrid, Cristiano Ronaldo gagal menembusi jaringan gol biarpun terdapat beberapa peluang terbaik.
Gandingan Cavani bersama Luis Suarez dilihat sempurna di bahagian serangan yang sukar dihalang.
Portugal yang hadir sebagai juara Euro 2016 terpaksa akur dengan kekalahan ini yang juga pastinya kekecewaan berganda buat Ronaldo untuk merebut trofi Kasut Emas keseluruhan.
Uruguay bakal berdepan dengan Perancis dalam saingan suku akhir selepas ini.
Sebagai rekod, Uruguay melangkaui rekod terbaik tahun apabila melepasi saingan kalah mati dengan baik apabila empat tahun lalu skuad Oscar Tabarez ini terkandas dalam pusinagn ini kepada Colombia, 2-0.